Bazar Aidilfitri Jalan TAR

Selain Bazar Ramadan yang menjadi salah satu perkara WAJIB dalam Masyarakat Malaysia, satu lagi bazar yang sangat tersohor lagi popular mula menjadi tumpuan ramai lebih-lebih lagi selepas tarikh 15 Ramadan berlalu. Malah 2 hari berikutnya tempat ini menjadi tumpuan rakyat Selangor dan masyarakat yang bekerja di Selangor untuk datang ke sini. Tidak lain tidak bukan, Bazar Aidilfitri Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Berbezanya Bazar Jalan TAR ini berbanding Bazar Ramadan sekitarnya adalah di sini dijual bermacam keperluan bagi menghadapi Hari Lebaran yang akan tiba. Lebih meriah apabila tarikh Ramadan melepasi 20 dan teramat-amat meriah apabila hari esoknya adalah Raya. Pada masa ini bukan pengunjung sahaja yang ramai, malah tempat ini dihadiri kru daripada stesen TV tempatan membuat liputan secara langsung kemeriahan yang berlaku di sini.

Hari ini di laman sosial Facebook dan Twitter, merungut pekerja-pekerja yang pulang dari pejabat di sekitar Kuala Lumpur tentang kesesakan lalu lintas yang kononnya disebabkan oleh kehadiran rakyat Selangor ke Kuala Lumpur untuk “shopping” raya. Kesian pun ada, lucu pun ada. Apa-apa pun, di bulan Ramadan ini, kesabaran adalah kunci dan kepada pengunjung Bazar Jalan TAR tadi, pengurusan masa juga amat penting agar tidak menyebabkan kesesakan lalu lintas ye. Kalau boleh, gunakan LRT, Komuter dan sebagainya.

Salam Ramadan, Salam Nuzul Quran, Salam Lebaran. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *