Berhati-Hati Membeli Juadah Di Pasar Ramadan

Salam Ramadan semua. Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua pembaca MyPasarMalam. Apabila tibanya bulan Ramadan, sudah pasti sebahagian pasar malam akan kurang beroperasi kerana operasi harian Pasar Ramadan bermula. Boleh dikatakan waktu berehat la juga bagi peniaga yang tidak menjual makanan. Namun, bagi peniaga makanan, bulan ini datang dengan peluang berniaga yang sangat besar.

Dalam kerancakan berniaga sepanjang bulan Ramadan, ada juga berita kurang enak yang kita dengar tentang jualan juadah berbuka. Belum 5 hari kita berpuasa, namun sudah timbul kes-kes yang sungguh mengecewakan, lagi-lagi pengunjung terbesar Pasar Ramadan tentunya umat Islam yang ingin berbuka puasa.

Sosej Pulut dan kepingan ayam yang datangnya dari negara jiran dilaporkan tidak halal kerana mengandungi DNA Babi. Yang dah “confirm” ni takpelah boleh kita elakkan. Tapi yang tak confirm mungkin ada juga kan? Bukan sahaja status HALALnya perlu diambil kira, tetapi status kebersihan penyediaan sesuatu juadah juga perlu diberi perhatian. Diharap peniaga di Pasar Ramadan / Bazaar Ramadan mengutamakan kebersihan ketika menyediakan makanan dan ketika menjual makanan nanti ya.

Selamat Berpuasa dan Selamat Berbuka Puasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *